15
Jan

Duit..duit

Akhir2 ni banyak plak email bgtau menang loteri or ape je la diorg panggil. Bukan sikit2..750 000-1 000 000 pound ok..bukan ringgit malaysia. Sungguhlah menyampah aku baca. Kalau nak bagi betul ye gak. Boleh gak wat bayar tebus kontrak dgn UiTM, byr abis duit keta, hutang kad kredit, beli umah 10 tingkat, beli keta 20 bijik..huh. Aku pun buleh duk rumah bersenang lenang jaga Aimi dan kucing segala. Hmm sungguh la koya.

Aku pun konfius jgk ape motif email tu semua. Nak kata dia nak tipu ke hape, dia mtk kita reply n bagi info nama, address, country dan age je. Tade mtk bank info ke. Hahaha ade gak aku reply 1 email tu. Dia reply balik dgn ref no segala dan suruh aku claimn dgn certain2 person. Siap bagi details org tu. Tapi since hubby aku kata “sapa yang nak bagi duit banyak free2 mcm tu”, aku pun xde la wat pape. Tapi kalau betul..huhu alangkah bahagianya aku akan tido atas duit.

Aku perlukan RM 100 000 sekarang utk byr balik pada UiTM sbb aku malas nak keje..waaaa. Kontrak yang aku sign 3stgh tahun lepas berlaku sebelum aku commit utk kawin dgn hubby aku skrg. Masa tu dia da keje di penang, for sure la kn settle down life di penang. Panjang sgt kisahnya.

Ada a few event yg berlaku dan buat aku berfikir panjang skrg:

1. Ketua program selaku bakal bos aku kata “kitorg amik chemist je actually” n “cane u bleh terlepas”. What? terlepas? aku biochemist yg dpt schollar Forensic Chem. Dah berpenat lelah wat research dalam bidang tu sampai tergugur baby first, sampling maggot dalam hutan dgn bau bangkai yang busuk ngan berdebar2 kot tetibe datang indon kacau aku wat keje sorg2, belajar sendiri pasal chem analysis, ngan mcm2 lagi la susahnye study ni..tp aku xkisah sbb nak belajar. Bila aku dah smp stage ni, dia bleh kata “cane u leh terlepas?” duuhh!!

2. Lepas perkataan “terlepas” tu keluar, dia pikir yg dia kena anta aku ke program bio..which is menurut dia “it’s more suitable for u”. Ok aku xkisah. Tapi bila KP bio tu plak kata “u tanak pegi gigi or medic?”, ape ni? Aku xpaham. Diorg suruh aku balik dulu dan mintak extend schollar for 1 sem smp tesis siap. Macam sbnrnye tatau mane nak campak aku by that time. wth?

3. Aku balik dan mula berfikir utk break kontrak dgn UiTM since:

  • aku rase tak worth plak bersusah payah fight utk keje kat situ tp org tak appreciate effort aku selama ni
  • let say aku tolak tepi yg diorg tak kisah pun kehadiran aku, aku kena sacrifice life aku, Aimi dan hubby..kena move to shah alam..huh tinggal hubby sorg kat penang dan jaga Aimi kat shah alam. maybe ok bg aku, tapi utk diorg..??!!
  • hubby aku dan Aimi might need me more then them..not might..it’s a “yes, we need her..a lot..”
  • Aimi mestila perlu membesar dgn kehadiran bapaknya. Hubby aku gi keje sehari pun dia dah tercari2. dan bila balik keje dia akan tgk babahnye itu mcm tak pernah puas tgk. Adil ke kalau aku amik hak tu dari Aimi?
  • aku pernah terdengar suara2 menyatakan kalau berjauhan, baik hubby aku tu kawin dgn org sane je, yg dekat dgn dia..huh!
  • hubby aku kena sambung study kat filipina. Aku dan Aimi akan tinggal tanpa dia kalau aku kena keje. Dan mustahil utk cuti tanpa gaji!

Tapi kontrak tu worth RM 100 000. Sapa nak bg duit???

4. Kalaula aku cari keje lain dan bayar secara ansuran, still amoun tu adalah BANYAK bagi aku. Banyak lagi benda lain boleh dibuat dengan duit itu. Aku ada terfikir yg RM 100 000 tak kan dapat beli kebahagian kami sekeluarga. Tapi duit itu juga boleh menampung kami sekeluarga. Sekurang2nya utk pembelajaran Aimi n anak2 lain esok hari.

Skrg aku tak tau ape aku harus buat. Rasa mcm nak padamkan rekod2 aku di UiTM. Hahaha mula berfikiran agak bodoh.

Boleh tak bagi pendapat?

29
Dec

Apakah yang terjadi pada aku??

Haih asyik duk google pasal breastfeeding, breastpumping accessories, feeding devices, babies stuffs….

Takde dah carcass decomposition, forensically-important artropod, GCMS, science direct jauh sekali..

 

Weh dah giler ke aku ni??!!

27
Dec

Kalaulah….

Kalaulah aku ni suri rumah sepenuh masa…

Kerja rutin:

  • sapu rumah
  • mop lantai
  • buang sampah
  • jaga anak
  • breastfeed anak
  • mandikan anak
  • basuh kain
  • jemur kain
  • masak
  • siapkan makanan kucing
  • bagi kucing makan
  • siapkan makanan hubby
  • kemas dapur
  • angkat kain
  • lipat kain
  • kemas kain baju dalam almari
  • sterilize keperluan utk stok susu
  • ajar anak hisap botol
  • pam susu utk stok

Kerja kadang2:

  • cuci tandas
  • kemas cage kucing
  • sapu laman
  • pack baju bila kena travel
  • unpack baju balik dari travel
  • cuci pinggan mangkuk yang cam berabuk2
  • basuh cadar, selimut, sarung bantal

The list goes on…

Itu lah keje aku skrg.

Yang membezakan aku dgn surirumah lain, aku ada tesis setebal 600muka surat yang perlu aku siapkan. Dan kehidupan tahun hadapan yang kemungkinan jauh dari hubby yang perlu aku fikirkan.

Dan anak jiran yang suka main sambil menjerit time anak aku tido….huh

 

Dan adik OKU yang perlu aku uruskan utk beberapa hari sahaja sepanjang mummy aku cuti dari kerja2 itu.

 

 

 

Letih….

26
Dec

My baby is 100 days

Dua tiga minggu ni, I came across several questions about my baby.

Situasi 1

Cik Kak1: Dah start bagi solid food ke?

Aku: Belum, baru nak masuk 3bulan (at the moment of conversation)

Cik Kak1: Cuba la bagi. Akak bagi masa dalam pantang lagi.

Aku: Haa??!!

Cik Kak1: A’ah. Penat la asyik nak susu dia je. Asyik lapa je kan. Bagi makan cepat skit dia kenyang. Susu badan je lambat kenyang.

Aku: Ooo tgk la nanti..hehe

 

Situasi 2

Cik Kak2: Kecik nya…..(refering to my baby sambil mengangkat baby dia)

Aku: A’ah. Tak tau la ikut sapa. Mak nye pun besaq.

Cik Kak2: Susu badan lagi ke?

Aku: A’ah.

Cik Kak2: Padan la kecik. Saya bagi susu S*** (it’s a FM)

Aku: Ye ke? Ok ke ngan baby?

Cik Kak2: Ok. Susu ni soy-based. Elok. Baby pun btambah berat skrg.

Aku: Ooo takpela kalo sesuai. Kkdg ada gak baby yang sakit perut kan..susu tak sesuai.

Cik Kak2: Cubalah. Cepat skit besaq baby tu.

Aku: ’sengih’

 

Situasi 3

Cik Kak3: Ko tak start FM lagi ke?

Aku: Lum

Cik Kak3: Anak aku masa 2bulan dia sama berat dgn anak ko masa 3bulan.

Aku: Ye ke? Hmm Aimi mmg kecik. (tapi dalam otak aku pikir, tapi Aimi lagi berat dari baby dia nih time lahir)

Cik Kak3: Apa la..start la susu tin. Baby tgh nak besar. Kena cukup zat. Susu kita cair mana la kenyang dia makan.

Aku: Mana ada cair. Takpela. Asal dia sihat.

Cik Kak3: Mata kasar memang sihat. Aku nak menyebok… (and the nag goes on….)

 

Ramainya orang concern pasal anak aku. Hmm…Aimi dah 100 hari on 25 Dis. How grateful I am to have her in my life. Dia dah makin besar dan kuat berbanding 3bulan lepas. Walaupun berat dia baru 5.15kg after 3months (which made Doc sigh while weighing her), tapi aku tak pedulik.

Aku tak pedulik sebab dia sentiasa sihat. Bukannya aku anti-FM, tapi alhamdulillah buat masa ni, BM aku masih boleh menampung keperluan Aimi. Kecik sangat ke dia? Tak cukup zat ke anak aku neh? Adeh la.. Korang nak bagi anak korang makan ape sekalipun, bagila..aku tak kisah. Susu kambing ke,susu unta ke, susu getah ke….aku kisahkan anak aku je.

Belajarlah pasal BF kalau tak tau. Aku pun tak tau. Aku tak dilahirkan dengan kod-kod genetik yang faham 100% pasal BF. Baca 101reasons to breastfeed your child http://www.promom.org/101/index.html. Much more info at Moms Little Ones reading room http://www.momslittleones.com/catalog/reading_room.php?osCsid=5fpmqe7q65h628gih0pub838o4

 

Can’t wait to see my girl stay longer on her own tummy!!!!

02
Dec

breastmilk vs formula

*ini adalah gambar asal tanpa editing*

*ini adalah gambar asal tanpa editing*

Ini bukan gambar aku. Perempuan yang berasal dari sebuah negara miskin ini sedang menyusukan 2 bayi kembarnya. Kerana kemiskinan, si ibu tidak memperolehi zat yg secukupnya dalam makanan beliau menyebabkan air susu nya kurang dan hanya dapat menyusu seorang dari bayi kembarnya. Bayi yg mendapat zat dari susu ibunya ini membesar dgn sempurna. Kembarnya diberikan susu formula yang dicairkan akibat ingin mengurangkan kos menampung pembelian susu formula yg mahal. Natijahnya, kembarnya mengalami mulnutrisi yg ketara. Kesian….
Hari ni aku dah nyusu Aimi selama 77hari. Mula dari 2jam pertama selepas dia dilahirkan. Jadi 2 jam sbb doktor kat Labour room HUSM tu amik masa sejam nak jahit luka episiotomy aku. Dia mmg kuat menyusu. Dah mcm2 posisi aku buat utk menyusukan dia. Masa dalam pantang, satu sessi sampai 2-3 jam!!! Masa tuh aku penah fikir, normal ke org nyusu selama tuh??
Skrg nak ajar guna botol dgn expressed breast milk, since aku takut aku kena dipanggil report duty bulan Januari tahun depan. Sebolehnya aku nak bagi breast milk kat Aimi smp ke titisan terakhir. Sebelum ni aku pam susu guna Pureen manual breast pump yg K Ujie belikan. Sejam lebih baru aku dapat kumpul 2oz. Penat lagih. Skrg tgh berkira-kira nak dapatkan electric breast pump la..yg ada double pumping. Senang aku nak kumpul stok. Banyak info yg aku dapat bila search kut net..especially dr susuibu.com. Paling teruja tgk sorg mak ni stok susu utk baby dia masa dalam pantang smp 250 botol 5oz. Penuh freezer dia..vavavava kagum2!!
Tapi lagi satu masalah ni..Aimi takmo la artificial teat. Yang silicone..yg rubber dah cuba. Aku tak sampai hati bila nak force dia isap botol, dia pandang aku dgn muka confuse. Mcm nak tanya “Aik mama ada, napa kena isap botol lak ni?”. Walaupun susu dah masuk mulut dia dgn jayanya, dia kuarkan balik gak dgn jayanya. Aku rasalah semua mak2 kat luar tu pun hadapi masalah yang sama dgn aku. Kena banyak2 sabar la..dan jangan give up.
Dari invest beli susu formula mahal2 tiap2 bulan, yang dah tentu tak sebaik susu kita, baik kita invest beli pam utk stok kan hasil kurniaan Illahi kat kita. Lagipun itu la tujuan Allah buatkan breast utk wanita..or else??
Harap2nya niat murni aku ni dipermudahkan la. Kalaula aku bleh breastfeed exclusively lagi la aku syukur..syukran2..tapi hmm..ntah la.Tgk la keadaan nanti cane
01
Dec

Mari makan tortilla

Jumaat lepas malas nak masak. Aku pun buatlah sesuatu yang bleh melelehkan air liur sume org..ye ke??!! Hmm makan tortilla bersama kami…
UPDATED:
Aku lupe nak masukkan gmbr cody yg kecewa sbb xdpt tortilla sebijik mcm yg kitorg mkn..dpt cebis2 je haha demand nyer kucing…
*cody tertunduk kecewa*
27
Nov

Korang kenal dak org keliling yg kononnya ada hubungan dgn korang???

Aku paranoid orang yang taktau pasal aku, tak bertanya dan berani buat judgement.

 

 

Please la wei!!!!!

27
Nov

Perihal kucing kesayangan

Lama da tak buat entri pasal kucing2 aku. Sejak ada anak..haha. Betul kata chemek di belakang aku, bahawasanya aku akan kurang ckp hal kucing lepas ada baby.

Masa aku turun Melaka-Kl aritu aku terpaksa tinggalkan je diorg kat rumah. Kitorg dah xmenyewa kat bangi lagi macam dulu. Kalau tak angkut je diorg sekali.Ye ke..mane nak letak Aimi nanti???Hmm tinggal gak kot dorg..

2minggu bai aku tinggalkan diorg. 9 kilo biskut kitorg beli nak tinggalkan utk diorg. Risau gak kebulur kucing aku sbb bnyk kucing jahat suka curi makanan diorg. Sepanjang tempoh 2 minggu tuh la aku hari2 doa semoga diorg dilindungi. Pendek cite, lepas aku dah sampai Penang, excited giler nak jumpe diorg. Diorg belari2 datang kat kitorg. Huuh tersentuh aku.

Sekarang ni diorg sume dah tido. Teman kan aku kat rumah sbb hubby xde gi outstation. Diorg ade kat rumah la buat aku berani skit. Ada 3 je.Yg lain dah pandai bjalan n jarang balik.

Pandang muka diorg buat aku rasa kita sebagai manusia, kita besar, hebat, ada kuasa, ada fikiran, ada duit, ada pelajaran. Tapi kelebihan tu tak meletakkan darjat kita setinggi diorg. Diorg suci dan takde dosa. Neraka bukan tempat diorg. Kita ni..nanti tetap akan dihisab. Diorg tidak… 

*cody*

*cody*

*obu*

*obu*

*ompok*

*ompok*

NOTA KAKI: Sucikan muka diorg???!!!

27
Nov

nota dari awak

**sigh**

**sigh**

27
Nov

Kenapa bila kita fikirkan sesuatu,kita tak dapat nak menzahirkannya??

Aku baru lepas habiskan teh tarik yang aku buat dan tarik sendiri. Kaler macam air Sg Klang. Tak manis langsung macam teh tarik kedai. Sebab aku malas nak tunggu susu tu mengalir turun dari tin. Jadi aku buat alasan dalam otak aku nak menjayakan kempen kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman. Pada sapa aku nak senyum?? Sekarang??!!

Pada Aimi je. Hubby gi KL sehari utk attend meeting. Aimi memang memerlukan aku skrg. Suka panggil aku dgn bahasa dia supaya aku agah dia time aku malas nak layan dia. Bila kena tinggal duk sorg2 dia akan nangis. Hatta kalau aku ade dgn dia sekalipun dia selalu terkejut2 dgn bunyi bende2 yang kuat. Tak kuat pun..sama gak. Bila terkejut dia nangis. Tapi satu yang menggembirakan aku skrg, Aimi dah pandai gelak. Aku rasa perkembangan dia cam cepat.

 

***********************************************************************************
Sbnrnya bukan pasal Aimi yang aku nak cerita. Tajuk entri tak berkaitan dgn Aimi. Sbb aku tak pernah sanggup nak bertanggapan buruk pasal dia memandangkan naifnya dia bila aku pandang muka dia. Aimi suci.
Aku bukak fail Bab IV dari pukul 1215 tghr td. Tapi fail tu tetap ade kat  taskbar tanpa berusik dan updated. Blank. Inilah problem dgn aku skrg. Ada info dalam otak aku yang tak dapat aku zahirkan dalam fail Words.
Aku selalu fikirkan yang aku sayangkan family aku..tapi aku takpernah dapat zahirkan pada mereka yang aku sayangkan mereka. Mummy dan abah lebih2 lagi. Setiap kali mummy peluk aku, aku malu untuk cium pipi mummy. Huduh tak perangai aku??
*stuck*
*stuck*
*stuck*
THE END
UPDATE: kenapa aku tulis blog ni pasal hidup aku je???